
T'Neeq
T’Neeq adalah suplemen kesihatan yang diformulasikan daripada kombinasi bahan – bahan berkualiti tinggi dari luar negara dan dikeluarkan dari kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice ) dan berdaftar dengan NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency ). Formulasi suplemen ini mengambil khasiat daripada bahan utama iaitu tomato yang mana bermanfaat untuk mencantikkan serta memelihara kulit, memudarkan kesan jeragat, jerawat, tumit nan merekah serta dapat membantu menjaga kesihatan badan, menyubur dan menyihatkan pertumbuhan rambut dan kuku.
Formulasi produk eksklusif yang dikawal oleh pengasasnya sendiri ini juga menggunakan bahan mentah yang mengandungi lebih 99% bahan aktif. Antara kandungan bahan lain yang digunakan ialah vitamin C (Ascorbic Asid) yang mana ia merupakan bahan yang diperolehi secara semula jadi dan bukannya daripada bahan sintetik. Meminjam kaedah ber ‘tahnik’ yang membawa maksud ‘belah mulut’ ; iaitu menyapu sesuatu pada bahagian lelangit. Produk ini menggunakan kaedah kemam dan hisap yang mana secara saintifiknya produk yang dikemam dan dihisap menggunakan organ deria lidah dan lelangit akan dapat melancarkan proses pencernaan yang optimum, yang membawa isyarat kepada otak seterusnya menghantar kepada sistem penghadaman tubuh untuk menerima manfaat dan khasiat produk.