RI Health Network Sdn Bhd

Info

Dato Rizalman Ibrahim

Bukan nama asing dalam dunia fesyen Malaysia. Pengalamannya dalam gelanggang fesyen selama lebih 25 tahun meletakkan dia antara pereka fesyen paling prolifik tanah air. Potongan busana tradisional seperti kebaya dan kurung menjadi tunjang utama dalam rekaannya dan dia berinovasi dengan mengadun seni warisan itu dengan siluet dan perincian yang bersifat lebih moden, sekaligus ia menjadi DNA kepada tiap himpunannya. Tanyakanlah pada sesiapa saja, bila ditanyakan siapa pereka fesyen paling berpengaruh di Malaysia, percayalah nama Rizalman Ibrahim tidak pernah tertinggal dalam senarai.

Kecemerlangan dalam dunia fesyen tidak membuatkan maestro fesyen ini lupa kepada cita-cita pertamanya untuk menjadi pereka hiasan dalaman, maka lahirlah Glam Casa dan Glam Reka. Ramai menyifatkan dia sebagai seorang yang genius bila mana sering saja sesi ubah suainya tampil dengan idea luar kotak lagi bercita rasa. Melengkapkan portfolionya dalam dunia interior, dia turut membuka Ri Maison, butik hiasan dalaman. Di bawah ilham kreatifnya juga tertubuh Glam Weddings yang seringkali menjadi pilihan golongan di raja, orang kenamaan juga selebriti tersohor untuk menyempurnakan majlis bersejarah mereka.

T’Neeq adalah suplemen kesihatan yang diformulasikan daripada kombinasi bahan – bahan berkualiti tinggi dari luar negara dan dikeluarkan dari kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice ) dan berdaftar dengan NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency ). Formulasi suplemen ini mengambil khasiat daripada bahan utama iaitu tomato yang mana bermanfaat untuk mencantikkan serta memelihara kulit, memudarkan kesan jeragat, jerawat, tumit nan merekah serta dapat membantu menjaga kesihatan badan, menyubur dan menyihatkan pertumbuhan rambut dan kuku.

HUBUNGI KAMI

  • +603 2935 8066
    Waktu Operasi
    Isnin - Jumaat (Cuti Sabtu, Ahad dan cuti umum)
    9:00 pagi - 6:00 petang
  • rinetwork71@gmail.com
  • RI Health Network Sdn Bhd,
    No 24, Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi 55100, Kuala Lumpur, Malaysia.
×
×

Cart