RI Health Network Sdn Bhd

NOTIS PRIVASI

Notis Privasi

Notis Privasi ini adalah untuk memaklumkan hak-hak pengguna laman web dan perkhidmatan berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan oleh pihak RiNetwork serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta tersebut mewajibkan pihak kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Pihak RiNetwork menghargai kepercayaan anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda dan kami akan memastikan data peribadi anda digunapakai hanya mengikut tujuan yang dinyatakan di sini. Sehubungan itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, butiran kad pengenalan, maklumat akaun bank dan lain-lain maklumat yang diperlukan di dalam pendaftaran ejen atau apa-apa transaksi (secara keseluruhannya dimaksudkan sebagai “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam laman web dan perkhidmatan kami boleh digunakan dan diproses oleh RiNetwork bagi tujuan-tujuan (secara keseluruhannya dimaksudkan sebagai “Tujuan-tujuan”) berikut:-

  1. mendaftar bagi penggunaan laman web dan/atau perkhidmatan kami;
  2. membuat pesanan atau langganan produk yang dinyatakan di dalam laman web kami;
  3. untuk berhubung dan berkomunikasi dengan anda;
  4. untuk memberi perkhidmatan kepada anda;
  5. untuk pengecaman dan pengesahan identiti anda;
  6. untuk pengesahan, memudahkan dan memproses Data Peribadi untuk pesanan produk;
  7. untuk memproses transaksi bayaran;
  8. menjawab sebarang pertanyaan atau aduan;
  9. mentadbir atau memantau hasil jualan ejen;
  10. untuk menjaga akaun dan rekod kami;
  11. untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan/atau pengguna lain;
  12. untuk mematuhi sebarang syarat-syarat perundangan atau peraturan;
  13. untuk menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan dalam kontrak dan perundangan;
  14. melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
  15. tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
  16. memberi maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan kami dan mana-mana kumpulan syarikat yang berkaitan dengan RiNetwork;
  17. memberi maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan rakan-rakan niaga RiNetwork;
  18. kegiatan-kegiatan perniagaan RiNetwork selainnya yang sah;
  19. maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Ejen RiNetwork; dan/atau
  20. maksud-maksud selainnya yang termaktub di dalam terma-terma dan syarat-syarat yang dikemaskini dari masa ke semasa.

 

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pihak berkuasa, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat sama ada di dalam atau di luar Malaysia. Selain seperti yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan secara disedari dipindahkan ke mana-mana tempat luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga. Kami akan mengambil segala langkah-langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi daripada sebarang kecuaian yang tidak disengajakan, salah guna, pengubahsuaian, pendedahan atau kemusnahan.

 

Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami selama anda masih menjadi ejen atau pengguna laman web dan/atau perkhidmatan kami. Kami juga akan mengekalkan maklumat ini dalam satu tempoh masa selepas anda bukan lagi ejen kami jika maklumat itu adalah perlu bagi Tujuan-tujuan, untuk dikumpulkan atau untuk memenuhi keperluan undang-undang.

 

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak bersetuju, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas dan pendaftaran anda sebagai ejen tidak dapat kami teruskan.

 

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada dan pembetulan terhadap Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi RiNetwork menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di sini.

 

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Alamat: 24A, Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Emel:

 

 

Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai dan sebarang perubahan adalah terikat dengan anda. Sila lawati laman web kami dari masa ke semasa untuk notis yang dikemaskini.

 

 

Dengan ini, selama anda menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami, kami akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan Notis Privasi ini. Anda dianggap mempunyai pengetahuan dan telah bersetuju dengan Notis Privasi ini apabila pihak kami memaparkannya di laman web kami atau mengiklankan sebarang notis. Secara umumnya, anda telah bersetuju dengan menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami, dalam Tujuan-tujuan yang dihuraikan di atas termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa. Anda juga boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi yang diterangkan di sini.